“...tanpa
disedari teknologi itu `membunuh' masa depan para pelajar.”
Berdasarkan
kenyataan di atas yang telah dilontarkan
oleh Setiausaha
Agung Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres), Awang
Mohamad
berhubung dengan kebenaran penggunaan telefon mudah alih dan telefon pintar ke
sekolah seolah-olah ia menggambarkan satu kesan yang patut digeruni oleh
pelbagai pihak.
Isu
ini dibahaskan dan dibincang dari pelbagai aspek sama ada positif mahupun negatif. Berdasarkan kenyataan daripada Timbalan Menteri
Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong yang mengganggap isu ini sebagai salah satu cara
penyelesaian bagi kes-kes penculikan yang berhubung dengan keselamatan pelajar
selepas tamat waktu persekolahan. Tambahnya lagi, para pelajar dibenarkan untuk
membawa telefon bimbit dan telefon pintar ke sekolah selepas undang-undang dan
peraturan-peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 dipinda.
Secara
ringkasnya, kami melontarkan sedikit kebimbangan terhadap pelajar-pelajar yang
gagal untuk membezakan yang baik dan yang buruk. Kesannya pasti jelas kelihatan
suatu ketika nanti sekiranya perbandingan dijalankan di antara mereka yang leka
dengan telefon bimbit dan mereka yang tidak leka dengan telefon bimbit. Antara kesan negatif penggunaan telefon bimbit
dan telefon pintar di sekolah ialah:
- Pelajar akan hilang tumpuan sewaktu belajar apabila pelajar akan mengambil kesempatan untuk menggunakan telefon ketika waktu kelas.
- Pelajar juga akan kelihatan tidak dapat berenggang dengan telefon untuk pelbagai aktiviti seperti pesanan ringkas, permainan video, melayari internet, dan mendengar lagu di gajet masing-masing.
- Pelajar akan lebih terdedah dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
- Pelajar mungkin akan menyalahgunakan pengunaan telefon bimbit untuk aktiviti yang tidak bermoral seperti meniru, melayari laman web lucah dan membuang masa melayari facebook.
- Pelajar mungkin akan membebankan ibu bapa untuk memenuhi kehendak mereka seperti menyediakan telefon bimbit dan telefon pintar yang terbaru di pasaran supaya mereka kelihatan setara dengan kawan-kawan yang lain.
Penetapan
garis panduan bagi mengawal penggunaan telefon bimbit dan telefon pintar telah
disediakan seperti yang dijelaskan oleh Timbalan Menteri Pelajaran. Jelasnya lagi, pelajar-pelajar yang gagal
untuk mematuhi garis panduan ini akan dikenakan tindakan tegas seperti mendenda
dan melarang pelajar yang terlibat akan diambil. Namun begitu, sejauh manakah
pemantauan dan penguatkuasaan pihak sekolah terhadap pelajar yang melanggar
garis panduan yang ditetapkan?
Selain itu, kami percaya kajian berkaitan isu ini telah dijalankan sebelum kenyataan
dikeluarkan melalui media massa. Antara kesan-kesan positif penggunaan telefon
bimbit dan telefon pintar di sekolah ialah:
- Ini akan memudahkan pelajar untuk menghubungi ibu-bapa mereka selepas waktu persekolahan.
- Pelajar akan lebih mudah dan mahir untuk meneroka maklumat di laman sesawang pada era globalisasi kini.
Kesimpulannya,
pepatah melayu ada mengatakan, mencegah itu lebih baik daripada merawat.
Sebagaimana yang dibincangkan di atas, terdapat banyak kesan-kesan negatif yang
akan timbul berbanding kesan-kesan positif mengenai isu hangat ini. Bersesuaian
dengan pepatah di atas, lebih baik seandainya kita mengambil langkah berwaspada
bagi mengelakkan masalah-masalah baru timbul di kemudian hari.
Lihat link yang berkaitan dengan perbincangan ini: