- Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara.
- Pekerjaan menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.
- Orang profesional yang pernah mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh masa tertentu.
- Ahli sesuatu profesion adalah pakar dalam bidang pekerjaannya dan mempunyai autonomi semasa menjalankan tugasnya.
- Orang profesional adalah pekerja yang mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran kewangan semasa memberi perkhidmatan.
- Pekerja terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.
- Setiap ahli profesion akan bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuatnya.
- Setiap ahli profesional mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasi profesion tersebut.
Adakah guru seorang profesional ? Bagaimana pula sebenarnya sesuatu kerjaya itu diklasifikasikan sebagai kerjaya yang profesional ? Adakah dengan melihat kepada popularnya sesuatu kerjaya itu atau melihat kepada taraf kehidupan yang dikecapi melalui sesuatu kerjaya itu ? Apabila kita melihat takrifan secara umum yang diberikan oleh masyarakat kepada kerjaya profesional, sudah pasti kerjaya seorang guru tidak tersenarai sebagai kerjaya profesional. Malah apabila ditanya kepada anak-anak kecil, apakah yang bakal mereka impikan pada suatu hari nanti, sudah pasti jawapan mereka ialah jurutera, polis, arkitek dan doktor.
Profesion keguruan mempunyai takrifan tersendiri untuk meletakkannya sebaris dengan kerjaya profesional lain. Melalui ciri-ciri yang disenaraikan oleh Leiberman, kerjaya guru boleh dilihat sebagai kerjaya profesional. Tanpa kita sedar sebenarnya, guru adalah kerjaya yang sangat unik dan penting kepada negara. Guru merupakan agen kepada pemangkin pembangunan negara dalam melahirkan individu lain bertaraf profesional. Mungkin kita lupa lahirnya seorang arkitek, lahirnya seorang jurutera, lahirnya seorang doktor adalah daripada didikan seorang guru.
Ilmu, nilai dan etika yang dimiliki oleh seorang guru sebenarnya meletakkan guru di satu tahap yang boleh dianggap profesional. Sudah menjadi lumrah hidup, seorang guru diberikan kepercayaan dan tanggungjawab dalam membentuk peribadi dan masa depan seorang pelajar. Hal ini menunjukkan profesion keguruan itu mempunyai status yang tinggi dalam masyarakat.
Jika guru adalah seorang profesional, sama seperti profesional lain, guru perlu mempunyai iltizam untuk berkhidmat terhadap keperluan dan kehendak kliennya. Seorang guru yang profesional perlu sentiasa memastikan dirinya dipenuhi dengan ilmu pengetahuan, maklumat, mengamalkan etika dan nilai-nilai murni demi memenuhi tanggungjawabnya dalam profesioan keguruan.

Guru memenuhi 5 ciri di atas, tetapi tidak pada ciri ke 6 (Pekerja terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahlinya.) Sehubungan itu guru bukanlah profesional kerana tiada badan yang mengawalselia / tidak didaftarkan dengan mana-mana pertubuhan.....Sekadar pandangan...
ReplyDelete